Sinopsis Saiful Nita

Mengisahkan Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman. Setelah sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.

Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Nita.

Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain iaitu Netty.